muqaddimah
  Perbezaan takaful & insurans konvensional      Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam.  Al-Quran  dalam surah  al-Maaidah , ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh  Allah  kepada  manusia  untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:  "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".   Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?    Tanggal  15 Jun   1972  merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu  insurans nyawa ...